1. Pengertian
Etika makan ialah adab dan sopan semasa makan
2.Adab dan sopan semasa makan
Adab semasa di meja makan :
· Postur betul
· Rapatkan kaki
· Letak napkin di atas riba dengan cermat
· Suap makanan sedikit-sedikit, cermat
· Bongkokkan sedikit badan semasa menyuap
· Guna sudu-garpu @ pisau –garpu dengan senyap
· Ambil sajian dengan cermat
· Jangan letak siku atas meja
· Kunyah perlahan-lahan, senyap tanpa buka mulut
· Minum perlahan tanpa bunyi
· Berbual perkara baik-baik
· Biarkan makanan sejuk dahulu.jangan tiup makanan.
· Ambil makanan secukupnya.
· Minta orang berhampiran hulurkan makanan.
· Kumpul sisa makanan di tepi pinggan @ piring layan
· Rapatkan kutleri setelah selesai makan
· Kacau kopi perlahan-lahan
· Beredar bersama-sama setelah selesai @ minta izin jika terpaksa pergi lebih awal
Adab semasa makan bersimpuh @ bersila
- Duduk dalam keadaan selesa & tenang
- Basuh tangan sebelum makan
- Guna hujung jari untuk menggaul nasi & lauk
- Suap makanan perlahan-lahan & cermat
- Elakkan mengetuk hujung jari ke pinggan
No comments:
Post a Comment