Saksikan video di atas untuk maklumat lebih lanjut. =)
Friday, 18 May 2012
Tanaman Hiasan
PEMBIAKAN SECARA KERATAN BATANG
Medium Penanaman
Merumput
- merupakan cara yang paling mudah dilakukan untuk menghasilkan pokok baru dengan banyak dan cepat.
- contoh pokok yang biasa dibiak secara keratan batang ialah;
- bunga raya (hibiscus)
- bunga kertas (bougainvillea)
- bunga puding (codiaeum)
- ati-ati (coleus)
- bunga siantan (ixora)
- medium semaian keratan batang boleh dilakukan dengan menyediakan campuran 2 bahagian tanah loam, 1 bahagian bahan organik dan 1 bahagian pasir sungai (2:1:1).
- terdapat 3 jenis, iaitu;
- keratan kayu lembut
- keratan kayu sederhana keras
- keratan kayu keras
- pemilihan jenis keratan bergantung kepada spesies pokok yang hendak dibiakan.
- keratan kayu lembut ------ jejari hantu (alternanthera elliptica), ati-ati (coleus)
- keratan kayu sederhana lembut ---- bunga raya (hibiscus), bunga puding (codiaeum)
- keratan kayu keras ------ pokok angsana (pterocarpus indikus), bunga kertas (bougainvillea)
- keratan batang biasanya mengambil masa beberapa minggu untuk berakar.
- keadaan ini bergantung kepada kelembapan medium yang boleh dikekalkan dengan menyiramnya atau menutup bekas semaian dengan plastik.
- rumpai yang tumbuh perlu dicabut dan dibuang dari bekas semaian.
Medium Penanaman
- keratan yang sudah berakar perlu dipindahkan ke dalam beg politena atau pasu untuk tujuan pembesaran.
- medium penanaman yang sesuai untuk tujuan ini ialah medium penanaman John Innes Potting Compost (JIP) 7:3:2.
- nisbah 7:3:2 terdiri daripada 7 bahagian tanah loam, 3 bahagian bahan organik dan 2 bahagian pasir sungai.
- medium penanaman juga boleh disediakan dengan campuran bahan 3:2:1
Merumput
- ialah aktiviti membuang rumpai yang tumbuh bersama tanaman hiasan.
- dilakukan untuk mengelakkan persaingan antara anak pokok dengan rumpai mendapatkan nutrien, air, cahaya dan ruang.
- merumput dapat memusnahkan tempat pembiakan perosak atau agen penyakit.
- dilakukan apabila medium keras.
- dilakukan untuk membolehkan air menyerap dan membaiki pengudaraan tanah.
- menggunakan serampang tangan.
- kerja membekalkan nutrien kepada anak pokok.
- dilakukan selepas 2 hingga 4 minggu mengubah.
- baja sebatian mengandungi unsur nitrogen (N), fosforus (P), dan kalium (K).
- pokok berbunga sesuai dibaja menggunakan baja yang mengandungi unsur fosforus dan kalium yang lebih tinggi.
- membaja diulangi dalam jangka masa 2 hingga 3 minggu.
- dilakukan sekurang-kurangnya sekali sehari kerana air dalam bekas terhad.
- gunakan bekas penyiram bermuncung yang mempunyai lubang halus.
Wednesday, 16 May 2012
Nota kemahiran hidup
http://www.slideshare.net/cikgusidah/bab-6-pemakanan-pengurusan-sajian-tingkatan-2-kemahiran-hidup-ert
Klik LINK di atas untuk nota tambahan =)
Klik LINK di atas untuk nota tambahan =)
Tuesday, 15 May 2012
Kelengkapan dapur
Etika Makan
1. Pengertian
Etika makan ialah adab dan sopan semasa makan
2.Adab dan sopan semasa makan
Adab semasa di meja makan :
· Postur betul
· Rapatkan kaki
· Letak napkin di atas riba dengan cermat
· Suap makanan sedikit-sedikit, cermat
· Bongkokkan sedikit badan semasa menyuap
· Guna sudu-garpu @ pisau –garpu dengan senyap
· Ambil sajian dengan cermat
· Jangan letak siku atas meja
· Kunyah perlahan-lahan, senyap tanpa buka mulut
· Minum perlahan tanpa bunyi
· Berbual perkara baik-baik
· Biarkan makanan sejuk dahulu.jangan tiup makanan.
· Ambil makanan secukupnya.
· Minta orang berhampiran hulurkan makanan.
· Kumpul sisa makanan di tepi pinggan @ piring layan
· Rapatkan kutleri setelah selesai makan
· Kacau kopi perlahan-lahan
· Beredar bersama-sama setelah selesai @ minta izin jika terpaksa pergi lebih awal
Adab semasa makan bersimpuh @ bersila
- Duduk dalam keadaan selesa & tenang
- Basuh tangan sebelum makan
- Guna hujung jari untuk menggaul nasi & lauk
- Suap makanan perlahan-lahan & cermat
- Elakkan mengetuk hujung jari ke pinggan
Sunday, 13 May 2012
K.Hidup : MASAKAN
A. Perancangan Menu
1. Maksud
§ satu senarai hidangan lengkap untuk sesuatu sajian
2. Tujuan merancang menu
i. Menyediakan sajian yang diperlukan
ii. Menjimatkan masa, tenaga dan bahan
iii. Menyediakan sajian yang enak, menarik dan berkhasiat
iv. Menyediakan sajian yang menepati anggaran belanjawan.
3. Faktor penentu Menu
Tujuan sajian - tentukan majlis formal atau tidak formal
i. Kegemaran - tentukan jenis menu yang digemari atau yang dipesan.
ii. Kepelbagaian - hidangan mengandungi variasi dari segi kaedah memasak, bahan yang digunakan , warna dan rasa.
iii. Kemudahan fizikal - bergantung kepada peralatan dan kemudahan yang ada
iv. Keperluan - bergantung kepada keperluan , keadaan fizikal dan kesihatan tetamu
v. Sumber tenaga dan masa - makanan dapat disiapkan dengan sempurna seperti yang dirancang
vi. Bilangan tetamu - bilangan tetamu harus diketahui lebih awal mengelakkan makanan yang tidak mencukupi atau mengelakkan pembaziran
vii. Perbelanjaan - Menu mestilah berdasarkan peruntukkan yang ditentukan
viii. Sumber makanan - boleh didapati dengan mudah , segar dan berkualiti
4. Dapur yang baik haruslah
a. Mempunyai ruang kerja yang selesa untuk bergerak dan meletakan alatan dan bahan
b. Mengandungi alatan penjimat masa seperti pengisar, ketuhar dan lain-lain
c. Mengandungi alatan makanan seperti pinggan, camca, garpu, cawan dan sebagainya
d. Terdapat alatan pembersih dan kain pembersih
e. Meja kerja dan alatan yang bersih
f. Mengandungi peranggu meja yang bersesuaian dengan jenis sajian
Wednesday, 2 May 2012
Kemahiran Hidup: PEMAKANAN DAN PENGURUSAN SAJIAN
PENGERTIAN MAKANAN BEKAL
Makanan bekal ialah makanan yang dimasak dan kemudian dibungkus (dipek) dengan bekas yang sesuai, dimakan di tempat lain
Contoh makanan bekal:nasi goreng, nasi lemak ,sandwic,kuih-muih tempatan
Makanan bekal ialah makanan yang dimasak dan kemudian dibungkus (dipek) dengan bekas yang sesuai, dimakan di tempat lain
Contoh makanan bekal:nasi goreng, nasi lemak ,sandwic,kuih-muih tempatan
Faktor Penting Dalam Memilih Bekas Untuk Membungkus Makanan
1. Tidak mudah pecah - supaya makanan tidak mudah tumpah / terkeluar
2. Ringan - supaya mudah diangkat
3. Sentiasa kering - supaya makanan tidak mudah basi
4. Tahan haba - supaya makanan masih panas apabila dihidangkan
1. Tidak mudah pecah - supaya makanan tidak mudah tumpah / terkeluar
2. Ringan - supaya mudah diangkat
3. Sentiasa kering - supaya makanan tidak mudah basi
4. Tahan haba - supaya makanan masih panas apabila dihidangkan
MEMILIH DAN MERANCANG MENU HIDANGAN MAKAN TENGAHARI &
MAKAN MALAM
1.Sajian makan tengahari dihidang
antara pukul 1 hingga 2 petang manakala sajian makan malam pula
dihidang antara pukul 7 malam hingga 9 malam.
2.Kedua-dua sajian merupakan sajian
utama dan hendaklah dihidang dengan seimbang.
3.Hidangan sepinggan lengkap seperti
burger, nasi ayam dan bihun goreng juga boleh dihidang sebagai
hidangan makan tengahari atau makan malam.
4.Kedua-dua hidangan makan tengahari
dan makan malam boleh terdiri daripada makanan yang serupa.
5.Pada umumnya, hidangan makan malam
disediakan lebih teliti berbanding makan tengahari kerana
semua anggota keluarga dapat berkumpul dan makan bersama.
Subscribe to:
Comments (Atom)


